PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Mahir Prompt Engineering AI Cohort 1 Level 1

20 Julai 2026 – Musim Keempat Program NADI Mahir telah bermula dengan pengenalan kursus baharu, iaitu Prompt Engineering AI Cohort 1 Level 1. Program ini dilaksanakan selama empat (4) minggu, dengan setiap sesi membawakan topik pembelajaran yang berbeza berkaitan penggunaan dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI). Seramai 1 orang peserta daripada NADI Kampung Kedai Buloh telah menyertai sesi pertama program ini.

Bagi Minggu 1, peserta telah mengikuti kelas bertemakan Pengenalan Kepada Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI). Sepanjang sesi ini, peserta telah diperkenalkan kepada tenaga pengajar, Mahir Training System (MTS) sebagai platform pembelajaran yang digunakan sepanjang program, serta modul Kursus Prompt Engineer yang akan dipelajari sepanjang tempoh latihan.

Melalui program ini, peserta akan mengikuti pembelajaran secara berperingkat selama empat minggu bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi AI, khususnya dalam menghasilkan arahan (prompt) yang efektif bagi memanfaatkan pelbagai aplikasi kecerdasan buatan.

Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan teknologi AI serta membantu mereka menguasai kemahiran digital yang relevan dengan keperluan semasa.

Berita Berkaitan