EKelas Usahawan merupakan platform pembelajaran yang menyediakan maklumat dan pengetahuan berkaitan bidang keusahawanan. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas perniagaan, pengurusan perniagaan, pemasaran digital serta penggunaan teknologi dalam membantu perkembangan perniagaan.
Melalui eKelas Usahawan, peserta dapat mempelajari kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan serta pembangunan perniagaan secara lebih sistematik.


