22 Julai 2026 – Program MAHIR Masak ini telah dimulakan dengan sesi penerangan kepada peserta mengenai perjalanan program serta penggunaan Sistem MTS sebagai platform utama sepanjang latihan. Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara mendaftar kehadiran, mengakses sistem dan menyertai setiap sesi pembelajaran yang akan dijalankan. Pendedahan ini bertujuan memastikan semua peserta memahami tatacara penggunaan sistem bagi melancarkan proses pembelajaran dan rekod penyertaan sepanjang program.
Selain itu, peserta turut diberi taklimat mengenai jadual pelaksanaan program yang merangkumi modul-modul pembelajaran, tarikh sesi serta aktiviti yang akan dijalankan sepanjang latihan. Sesi ini memberikan gambaran menyeluruh tentang perjalanan program agar peserta dapat membuat persediaan awal dalam setiap sesi bagi mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Diharapkan penerangan yang diberikan dapat membantu peserta mengikuti program dengan lebih teratur, berdisiplin dan bersedia untuk mempelajari kemahiran jahitan pada sesi-sesi seterus


