Kempen Internet Selamat di SMK Kubang Kerian 2
๐ Lokasi: SMK Kubang Kerian 2
๐
Tarikh: 24 Jun 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Panjang Banggu, NADI Kampung Padang Kala dan NADI Kampung Kedai Buloh telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di SMK Kubang Kerian 2 yang melibatkan seramai 631 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang kepentingan menggunakan internet secara bijak, beretika dan selamat.
Bilangan murid: 631
Bilangan guru: 20
๐ Keterangan Program: Kempen Internet Selamat di sekolah menengah membantu pelajar menjadi lebih berwaspada dan beretika dalam penggunaan internet. Pelajar dapat memahami cara melindungi akaun media sosial, mengelak daripada menjadi mangsa buli siber atau penipuan, serta lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang maklumat. Program ini juga berjaya membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar untuk mengimbangi penggunaan internet dengan aktiviti bermanfaat lain.
ย



