PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Taklimat Pengenalan NADI Kg Kedai Buloh serta Taklimat Kesedaran dan Celik DELIMa anjuran SMK Kedai Buloh, Kelantan

🔸NAMA PROGRAM/AKTIVITI: Taklimat Pengenalan NADI Kg Kedai Buloh serta Taklimat Kesedaran dan Celik DELIMa anjuran SMK Kedai Buloh, Kelantan
🔸TARIKH : 14/5/2025 (Rabu)
🔸MASA : 8.00 Pagi – 10.00 Pagi
🔸TEMPAT : Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh, Kelantan
🔸KATEGORI PESERTA : Para Pelajar serta Guru – Guru
🔸KETERANGAN PROGRAM :
Program Ini dilaksanakan di bawah kerjasama antara NADI Kg. Kedai Buloh Dan SMK Kedai Buloh dimana SMK Kedai Buloh telah mengadakan program mereka dalam unsur Pengenalan DELIMa kepada para pelajar. Justeru, pihak NADI Kg Kedai Buloh turut juga diundang di sekolah tersebut bagi tujuan memperkenalkan Perkhidmatan di NADI Kg Kedai Buloh serta taklimat kesedaran sejajar dengan ‘Kempen Internet Selamat’. Tambahan juga, pihak sekolah turut bekerjasama dengan pihak NADI dalam memperkukuhkan program DELIMa mereka dengan PIhak NADI Kg Kedai Buloh memberi pengajaran kepada para pelajar dalam tatacara untuk mengakses Sistem E-Kelas (Maxis) dan menggunakan sistem itu untuk pembelajaran dan pengajaran harian mereka.
Dengan adanya taklimat dan perkhidmatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan NADI Kg. Kedai Buloh. Kami berbesar hati untuk menerima kunjungan dari pihak sekolah untuk mengadakan aktiviti atau melibatkan pelajar dalam pelbagai program di NADI Kg Kedai Buloh.
Terima Kasih kepada Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh.   

Berita Berkaitan