





โข NADI Salor
โข NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh
โข NADI Kampung Padang Kala
โข NADI Kampung Kedai Buloh

Seramai 507 orang pelajar telah menyertai program ini secara menyeluruh.
Antara pengisian utama ialah taklimat kesedaran digital dan keselamatan siber iaitu Kempen Internet Selamat, serta pendedahan kepada kemudahan perkhidmatan NADI di kawasan masing-masing.
Tambahan juga, pihak sekolah turut bekerjasama dengan pihak NADI dalam memperkukuhkan program DELIMa mereka dengan Pihak NADI memberi pengajaran kepada para pelajar dalam tatacara untuk mengakses Sistem E-Kelas (Maxis) dan menggunakan sistem itu untuk pembelajaran dan pengajaran harian mereka.
Turut diadakan ialah saringan kesihatan percuma kepada para guru sebagai salah satu inisiatif menjaga kesihatan komuniti sekolah.
Terima kasih atas sokongan semua pihak yang terlibat. Semoga usaha ini memberi manfaat berterusan kepada para pelajar dan komuniti setempat.

