PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Outreach KWSP di Kampung Kedai Buloh

Nama Program/Aktiviti: Program Outreach KWSP di Kampung Kedai Buloh

Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: NADI Kampung Kedai Buloh
Keterangan Program: Program ini bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dan maklumat berkaitan KWSP tanpa perlu ke pejabat KWSP. Antara perkhidmatan disediakan termasuk semakan penyata, pendaftaran i-Akaun, i-Saraan, i-Suri, caruman sukarela, khidmat nasihat berkaitan pelbagai inisiatif KWSP dan banyak lagi.
Tambahan pula, program ini telah memberi manfaat secara langsung kepada penduduk setempat dengan meningkatkan kefahaman mereka terhadap perkhidmatan dan inisiatif yang ditawarkan oleh KWSP. Melalui pendekatan turun padang, program berjaya mendekati komuniti luar bandar yang mungkin menghadapi kekangan untuk hadir ke pejabat KWSP.
Selain itu, program ini turut menggalakkan lebih ramai pencarum untuk mengaktifkan i-Akaun, membuat caruman sukarela, serta merancang simpanan persaraan mereka dengan lebih berkesan.

Berita Berkaitan