Webinar ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pemasaran dalam perniagaan. Program ini memperkenalkan konsep asas pemasaran serta kepentingannya dalam membantu sesuatu produk atau perkhidmatan dikenali dan menarik perhatian pelanggan.
Sepanjang webinar, peserta didedahkan kepada asas mengenal pasti pelanggan sasaran, memahami keperluan pelanggan serta kaedah memperkenalkan produk dengan cara yang menarik. Perkongsian ini membantu peserta memahami kepentingan pemasaran dalam membina dan mengembangkan sesuatu perniagaan.


