NAMA PROGRAM/AKTIVITI: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) KOMPUTER ASAS GRAFIK ANJURAN KEMAS PENGKALAN CHEPA
TARIKH : 26 – 28 MEI 2025
MASA : 9.00 pagi – 2.00 ptg
TEMPAT : NADI Kampung Kedai Buloh
KERJASAMA : KEMAS Pengkalan Chepa & NADI Kampung Kedai Buloh
KETERANGAN PROGRAM :
Seramai 15 orang peserta telah menyertai Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer Asas Grafik yang berlangsung selama tiga hari di NADI Kampung Kedai Buloh. Kursus ini menggunakan platform Canva sebagai medium pembelajaran asas grafik.
Bagi menguji dan mengasah kemahiran yang dipelajari, satu pertandingan poster telah diadakan. Tiga peserta terbaik bakal membawa pulang hadiah menarik sebagai penghargaan atas usaha dan kreativiti mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak KEMAS atas kesudian menjayakan kursus ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak urus setia serta semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan kursus ini.

