PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Pulau Kundor & Taklimat NADI Pintar

📢 Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Pulau Kundor & Taklimat NADI Pintar
📅 Tarikh: 8 Julai 2025 (Selasa)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 10.30 pagi
📍 Lokasi: SK Pulau Kundor, Kota Bharu
💻 Taklimat NADI Pintar & Kempen Internet Selamat (KIS)
👧🏼 249 murid bersama 23 guru mengikuti taklimat yang diadakan di dewan terbuka
👦🏽 20 murid mengikuti aktiviti modul interaktif yang dijalankan di Makmal Komputer
🩺 Booth Wellbeing turut jalankan saringan:
🔹 Cek gula (kencing manis)
🔹 Tekanan darah
🔹 BMI
Keterangan Aktiviti: Program ini telah dilaksanakan oleh NADI Kluster Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat MCMC Negeri Kelantan. Antara pengisian utama ialah Program Kempen Internet Selamat (K.I.S.) yang menyasarkan murid tahap dua (10-12 tahun) sekolah rendah.
Taklimat KIS disampaikan oleh Puan Wan Nurul Ain, Pegawai MCMC Kelantan, dengan sokongan staf NADI Kg Kedai Buloh, NADI Kampung Padang Kala, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Tanjung Mas, NADI Bunut Payong, NADI Buluh Kubu dan NADI Padang Tembak.
Kempen Internet Selamat: Modul Sekolah Rendah (10–12 Tahun) melibatkan 20 murid Tahap 2. Mereka ditempatkan di Makmal Komputer Sekolah dan mengikuti lima pelajaran utama. Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko dalam talian.
Pihak NADI turut memperkenalkan aktiviti alternatif yang sesuai untuk murid, dan memberi pendedahan tentang perkhidmatan Pintar yang ada di NADI bagi manfaat komuniti setempat.
              

Berita Berkaitan