PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Che Latiff

Tarikh: 16 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi – 1.00 tengahari
Peserta : 30 Pelajar
Keterengan:
Program ini telah dijalankan dengan kerjasama antara NADI Kluster Kota Bharu dan Pejabat MCMC Kelantan, menyasarkan murid Tahap 2 (berumur 10 hingga 12 tahun).
📍 Seramai 30 orang murid telah menyertai sesi interaktif yang menggunakan Modul Sekolah Rendah Tahap 2. Modul ini memberi penekanan kepada penggunaan internet secara selamat, had umur penggunaan media sosial (13 tahun), serta kesedaran tentang risiko dan ancaman dalam talian.
💻 Sesi disampaikan oleh En. Azidi dari MCMC bersama NADI dari NADI Bandar NADI Satelit Pasir Tumboh, NADI Kg Padang Kala, NADI Pantai Sabak dan NADI Kg Kedai Buloh.
✅ Murid turut didedahkan kepada pilihan aktiviti sihat sebagai alternatif kepada penggunaan media sosial. Program ini berjaya mencapai objektif dengan memberikan kefahaman asas tentang keselamatan internet.

Berita Berkaitan