📋 AKTIVITI NADI KAMPUNG KEDAI BULOH
🛡️ KEMPEN INTERNET SELAMAT
📍Kolej Vokasional Pengkalan Chepa, Kelantan
📅 10 Jun 2026 (Rabu)
👥 450 pelajar
⏰ 2:30 petang – 3.30 petang
Keterangan Program:
Kempen Internet Selamat di sekolah menengah memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet secara selamat, bertanggungjawab dan beretika. Melalui program ini, pelajar lebih memahami langkah melindungi akaun media sosial, menghindari buli siber serta penipuan dalam talian, di samping lebih peka sebelum berkongsi sesuatu maklumat di internet. Selain itu, program ini turut membantu memupuk amalan penggunaan internet secara positif dan seimbang dengan aktiviti lain yang lebih bermanfaat.

