PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Keusahawanan & Sosioekonomi

Suwarin Jinda Cafe

Suwarin Jinda Cafe merupakan restoran yang terletak di Jalan Kuala Besar, Kota Bharu. Suwarin iaitu pemilik restoran tersebut memperkenalkan menu daging harimau menangis pada Januari 2018 danĀ  mendapat sambutan begitu menggalakkan. Hinggakan ada pelanggan yang datang dari luar Kelantan semata-mata untuk menikmati keenakan hidangan itu. “Daging harimau menangis ini adalah menu dari Thailand dan ia diambil dari perkataan ‘Sua Rong Hai’ iaitu Sua bermaksud harimau dan Rong Hai ialah menangis.

Alamat

Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, Kelantan

No. Tel

014-210 4995

Waktu Operasi

Rabu – Isnin

Warung Pak Mat Pulau Pisang

Warung Pak Mat Pulau Pisang ini memang sudah terkenal dan sentiasa dipenuhi pelanggan. Air teh madu merupakan ‘Signature’ di kedai makan tersebut. Tehnya pekat dan resipinya bukan hanya teh tetapi dicampur madu dan susu tepung. Selain teh madu, Warung Pak Mat juga dikenali dengan masakan sup ikan dan daging. Inilah menu makanan istimewa di warung ini seperti juga istimewanya teh madu.

Alamat

Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, Kelantan

No. Tel

011-2933 4563

Waktu Operasi

Rabu – Isnin